fbpx

2 Pegawai Kanan PDRM bertukar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran membabitkan dua Pegawai Kanannya yang akan berkuat kuasa pada Jumaat ini.

Superintendan Komunikasi Korporat Urus Setia Ketua Polis Negara PDRM, Superintendan Skandaguru Anandan berkata, pertukaran diketuai Komander Pasukan Polis Marin, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam, Bukit Aman, Deputi Komisioner Mohd. Yusoff Mamat.

“Beliau akan bertukar sebagai Ketua Staf Operasi, Markas National Task Force (PPM) PDRM.

“Sementera Timbalan Komander Pasukan Polis Marin (Kepolisan Am/Strategik/Siasatan), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam, Bukit Aman, Asisten Komisioner Zulafendy Hassan akan bertukar sebagai Pengarah Operasi Bahagian Operasi (J3), PPM, PDRM,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI