fbpx

Tiga pengedar dadah warga tempatan dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga suspek yang ditahan polis kerana aktif melakukan kegiatan pengedaran dadah di sekitar daerah Sentul.

KUALA LUMPUR – Tiga individu termasuk seorang wanita ditahan polis kerana disyaki terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah di sekitar kawasan Jinjang di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, tangkapan ke atas ketiga-tiga warga tempatan berusia 48 hingga 57 tahun itu dibuat kira-kira pukul 3.30 petang susulan maklumat dan risikan yang dilakukan.

“Tangkapan dibuat oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Sentul di beberapa lokasi berasingan di sekitar Jinjang dan pemeriksaan yang dilakukan ke atas kesemua suspek telah menemui dadah jenis heroin.

“Dadah jenis heroin yang ditemui pada suspek adalah masing-masing seberat 18.40 gram, 18.48 gram dan 19.30 gram yang dipercayai untuk dijual kepada pelanggan di kawasan tersebut,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Eng Lai, pasukan serbuan turut merampas wang tunai berjumlah RM43 yang dipercayai hasil jualan dadah daripada suspek dan kesemua dadah yang dirampas dijangka boleh dibekalkan untuk kegunaan 113 orang penagih.

“Ketiga-tiga suspek dikesan positif dadah jenis morphine, amphetamine dan methamphetamine manakala semakan rekod yang dilakukan mendapati suspek pertama mempunyai 26 rekod jenayah dadah, suspek kedua 10 rekod jenayah dadah dan suspek ketiga 12 rekod jenayah dadah.

“Kesemua suspek kini ditahan reman enam hari sehingga 8 Oktober ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan,” tegas beliau.

Tambah Eng Lai, dengan tangkapan itu, pihak polis yakin telah berjaya menumpaskan kegiatan pengedaran dadah didalangi warga tempatan di sekitar daerah Sentul yang dipercayai aktif sejak Jun lalu.- K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI