fbpx

Pemandu Myvi, wanita tular diminta buat laporan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular memaparkan seorang wanita bertindak terjun daripada kereta selepas dipercayai bergaduh dengan pasangannya.

SHAH ALAM – Polis meminta wanita serta pemandu kereta Perodua Myvi yang tular menerusi video berdurasi 18 saat berhubung insiden cuba keluar dari sebuah kereta membuat laporan polis untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, semakan setakat ini mendapati tiada sebarang laporan polis dibuat oleh mana-mana individu berhubung kejadian video tersebut.

Katanya, saksi awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini juga boleh menyalurkan maklumat berkenaan kepada pihak polis.

“Justeru, orang ramai disarankan untuk tidak membuat sebarang spekulasi tanpa fakta kes yang tepat terhadap video yang tular ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menjelaskan, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 2.40 petang, semalam di Jalan Unisel, Seksyen 7 di sini.

Kata Baharudin, siasatan awal mendapati sebuah kenderaan Myvi telah memperlahankan kenderaan serta memasang lampu kecemasan ketika sampai di persimpangan lampu isyarat Jalan Unisel Seksyen 7 Shah Alam.

“Kemudian didapati seorang wanita telah cuba keluar dengan membuka pintu kereta tersebut menyebabkannya terjatuh keluar semasa Myvi itu masih lagi bergerak perlahan,” ujarnya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI