fbpx

Baucar RM1.5 juta galak pelancongan Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasni Mohammad (kiri) menyampaikan Anugerah Pelancongan Johor 20/21 Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim kepada Farizal Marlias pada Majlis Pra Pelancaran Johor Tourism Interchange (JTI) dan 'Virtual Majestic Johor Tourism Week 2021', Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri menawarkan pemberian baucar dengan nilai keseluruhan RM1.5 juta kepada pelancong ke negeri ini sebagai galakan memacu sektor pelancongan Johor susulan peralihan Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula 24 September lalu.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, baucar itu ditawarkan dalam bentuk potongan harga bagi produk pelancongan tertentu menerusi program yang diadakan termasuk Virtual Majestic Johor Week 2021.

Beliau berkata, pelancong domestik boleh memperoleh baucar berkenaan melalui aplikasi Johor Tourism Interchange (JTI) mulai 10 Oktober ini.

“Pemberian baucar ini secara tak langsung dapat menggalakkan kunjungan pelancong domestik termasuk dari luar Johor pada tahun depan.

“Sektor pelancongan merupakan sektor penting yang menjadi penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri. Kempen Johor Virtual Majestic 2021 ini membolehkan Johor mengetengahkan produk pelancongan dalam bentuk yang lebih terkini.

“Mengambil kira ketika negara berdepan pandemik Covid-19, banyak perkara yang perlu dilakukan termasuk mengikut pengedaran semasa,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Johor Tourism Interchange (JTI) dan Virtual Majestic Johor Week, di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI