fbpx

6,196 laman papar aksi lucah disekat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LAMAN yang memapar atau memuat naik kandungan lucah akan disekat SKMM bagi melindungi pengguna. – Gambar hiasan

PETALING JAYA – Sebanyak 6,196 laman sesawang yang me­ngandungi kandungan lucah telah disekat Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) sepanjang tahun 2016 hingga Ogos 2021.

Menurut SKMM, tindakan diambil berdasarkan Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998) yang melarang penyebaran atau komunikasi lucah dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai atau mengganggu orang lain.

Katanya, seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.

“SKMM sentiasa menjalankan usaha bersama dalam menangani kewujudan kandungan yang menyalahi undang-undang negara seperti kandungan lucah.

“Dalam tempoh berkenaan juga, sejumlah 290 kes berhubung kandungan lucah telah disiasat dan 14 kes daripadanya telah didakwa di mahkamah,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Tambahnya, laman-laman yang memapar atau memuat naik kandungan berunsur lucah akan disusuli dan disekat.

Jelasnya, SKMM sentiasa bekerjasama dengan penyedia platform media sosial se­perti Facebook dan Google dalam menurunkan atau memadamkan kandungan yang menyalahi undang-undang negara, selaras dengan terma, syarat serta ­piawaian komuniti platform-platform tersebut.

“Sekatan sebegini akan dilaksanakan secara berterusan bagi melindungi pengguna.

“Bagaimanapun, proses sekatan dan memadam kandungan di platform media sosial adakala­nya mengambil sedikit masa, ini kerana kesemua platform ini berpangkalan di luar negara,” jelasnya.

Dalam pada itu, SKMM menambah, dalam usaha menangani kandungan tidak bermoral, pihaknya turut menganjurkan program advokasi atau keseda­ran di seluruh negara melalui program Klik Dengan Bijak (KDB).

“Program itu bertujuan memupuk budaya kawalan kendiri serta penggunaan media baharu secara berhemah, bijaksana dan bertanggungjawab, sama ada melalui aset digital, terbitan akhbar, paparan di saluran TV, webinar, kerjasama dengan badan sukarela serta agensi kerajaan,” ujarnya.

Sementara itu, katanya, pengguna media yang ternampak kandungan berunsur lucah di media sosial, boleh membuat laporan kepada penyedia platform atau pihak SKMM dan PDRM untuk tindakan susulan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI