fbpx

Ahmad Faizal bidas komen negatif warga maya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Faizal

IPOH – Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu membidas komen negatif warga maya termasuk berbentuk perkauman ke atas atlet perseorangan badminton negara, S. Kisona dalam kejohanan Piala Sudirman 2021 di Vantaa, Finland.

Beliau menyifatkan komen tersebut sebagai tindakan biadab serta tidak mencerminkan keluarga Malaysia.

“Dalam keluarga Malaysia kita ini yang diumpamakan seperti setandan pisang, ada yang elok, ada yang buruk.

“Jadi ada juga keluarga kita yang bangang dan bodoh yang tidak tahu untuk menggunakan bahasa dengan baik,” kata Ahmad Faizal.

Tegas Ahli Parlimen Tambun itu, tidak kira Melayu, Cina, India, Kadazan, Dusun atau Murut, mereka berjuang untuk mengharumkan nama negara.

“Jadi, jangan kita hina bangsa, kulit mahupun agama sesiapa juga yang telah berjuang untuk negara,” katanya kepada pemberita selepas menziarahi keluarga yang memerlukan bantuan rumah di Manjoi di sini hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI