fbpx

4,622 premis diarah tutup, 7,740 kompaun dikeluarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAZLAN LAZIM menyampaikan sumbangan kepada salah seorang pesara polis wanita sambil diperhatikan oleh Ayob Khan pada Majlis Sumbangan Kepada Pesara Polis di Dewan Auditorium IPK Johor, Johor Bahru, hari ini. -Foto oleh RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Sebanyak 4,622 premis telah diarahkan untuk tutup serta-merta di seluruh negara menerusi Ops Patuh yang dijalankan bermula 25 Jun lalu hingga semalam.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, tindakan itu dibuat susulan lebih dua juta premis di seluruh negara yang diperiksa dalam tempoh yang sama.

Katanya, sepanjang tempoh pemeriksaan itu dijalankan, sebanyak 7,740 kompaun telah dikeluarkan bagi pelbagai kesalahan yang dilakukan.

“Sepanjang Ops Patuh dilakukan, kita telah menggerakkan seramai 14,959 pegawai dan anggota membabitkan 3,442 pasukan pematuhan di setiap negeri.

“Pemeriksaan ini memberi tumpuan sama ada mereka mendapat kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk beroperasi selain pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Program Penyerahan Sumbangan Kepada Pesara PDRM di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI