fbpx

30 rumah, kedai musnah terbakar di Bentong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kira-kira 20 buah rumah musnah dalam kejadian kebakaran di Kampung Baru Karak di Bentong malam ini.

BENTONG – Kira-kira 20 buah rumah dan 8 kedai musnah dalam kejadian kebakaran di Kampung Baru Karak di sini hari ini.

Bagaimanapun belum dapat dipastikan lagi sama ada terdapat mangsa yang cedera atau terkorban dalam kejadian yang bermula kira-kira pukul 9.30 malam itu.

Difahamkan deretan rumah di lorong satu, dua dan tiga di penempatan kampung baru Cina berkenaan musnah akibat api yang marak begitu cepat.

Sehingga pukul 12 tengah malam ini pasukan bomba masih berusaha memadamkkan kebakaran dengan melakukan tumpuan di lorong empat dan bahagian premis kedai di hadapan jalan besar bagi mengelakkan api terus marak ke rumah lain. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI