fbpx

Pemandu Myvi ‘kantoi’ buang sampah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video memaparkan aksi pemandu Myvi membuang sampah berhampiran persimpangan lampu isyarat.

PETALING JAYA – Pengotor, tiada kesedaran sivik dan tidak bertamadun.

Itu reaksi pengguna laman sosial apabila melihat sebuah klip video yang memaparkan perbuatan ‘biadap’ seorang pemandu Perodua Myvi membuang sampah melalui tingkap kenderaan itu.

Klip video berdurasi 44 saat itu telah dirakam oleh seorang pengguna jalan raya lain menerusi kamera papan pemuka sebuah kenderaan sebelum dimuat naik di laman Facebook Myvi Buat Hal Apa Hari Ini.

Difahamkan kejadian itu dirakam di sebuah persimpangan lampu isyarat dari Telok Panglima Garang menghala ke Klang berhampiran sebuah restoran makanan segera.

Susulan perkongsian klip video itu, rata-rata netizen mengecam perbuatan pemandu Myvi tersebut yang dianggap tidak bertamadun dan pengotor.

“Pengotor dan tidak bertamadun, sikap seperti inilah yang membuatkan negara kita dipandang rendah masyarakat luar negara.

“Orang seperti ini tidak layak berada di negara ini, mentaliti umpama ‘sampah’,” tulis Abang Kaduk.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna Lah Ezad.

“Ambik sampah tu baling dalam kereta dia, tak ada sivik betul pemandu ini,” tegasnya.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI