fbpx
YOUNGBIN

Tolak vaksin, Youngbin mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GARA-gara berasakan dirinya ‘kebal’ daripada dijangkiti virus Covid-19 sehingga mengakui enggan mengambil vaksin, penyanyi Youngbin dikecam hebat netizen baru-baru ini.

Akui Youngbin ketika muncul dalam siaran langsung V LIVE pada Isnin lalu, dia tidak mengambil vaksin kerana ramai yang sakit selepas menerima suntikan.

“Sejujurnya saya rasa macam kalau tidak vaksin, saya takkan dijangkiti Covid-19. Ramai orang sekeliling saya yang kena Covid-19.

“Jika anda divaksin sekali pun, kalian tetap akan dijangkiti. Saya masih memikirkan sama ada mahu ambil vaksin atau tidak,” katanya.

Selepas pengakuannya mendapat perhatian ramai, Youngbin yang dikecam netizen kemudian tampil membuat permohonan maaf atas keterlanjuran kata-katanya.

“Saya minta maaf kerana bercakap perkara yang tidak patut sewaktu ramai menonton siaran langsung tersebut.

“Saya berjanji akan mengambil vaksin secepat mungkin. Saya juga berjanji akan membetulkan pandangan sendiri terhadap vaksin dan berhati-hati dengan percakapan serta tindakan pada masa depan,” katanya.

POPULAR