fbpx
Asriadi (kiri) dibantu pekerja Toyota mengira wang syiling yang dikumpul untuk membeli kereta idamannya, Toyota Rush. - SuaraSulsel.id / Lorensia Clara Tambing

Kumpul duit syiling RM80,000 beli Toyota Rush secara tunai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Seorang penjual di kaki lima di Kota Makassar, Indonesia berjaya membeli kereta idamannya iaitu Toyota Rush secara tunai menggunakan wang syiling hasil simpanan selama empat tahun, lapor Suara.com, semalam.

Penjual tersebut, Asriadi Syamsuddin berkata, dia sudah menyimpan niat membeli kereta idamannya itu sejak 2018 dan nekad menabung wang hasil jualannya.

 

Toyota Rush idaman Asriadi. – Google

Tambah Asriadi, kebanyakan duit dalam tabungnya adalah wang syiling kerana ia merupakan pemberian pelanggan yang membeli barang jualannya.

“Tidak terasa sudah empat tahun saya menabung duit syiling ini kerana saya tidak pernah mengira jumlahnya.

“Apabila saya melihat bekas air yang digunakan untuk menyimpan duit syiling sudah penuh, barulah saya keluarkan dan mendapati bahawa jumlahnya mencecah ratusan juta rupiah,” kata Asriadi.

Ketika membawa wang tabungan ke bilik pameran kereta Toyota di bandar, para pekerja di sana telah membantu Asriadi mengira jumlah yang diperlukan untuk membeli kereta idamannya.

“Ini satu situasi luar biasa kerana pihak kami tidak pernah menerima pelanggan yang membeli kenderaan secara tunai menggunakan duit syiling.

“Namun, Asriadi membawa wang yang cukup iaitu 271 juta rupiah (RM79,269) untuk membolehkannya memiliki kereta Toyota Rush,” jelas seorang pekerja Toyota, Nur. – Agensi

POPULAR