fbpx

‘Sejuk mata’ tengok Uwais jaga Ayash Affan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GELAGAT Uwais yang menjaga adik bongsunya, Ayash Affan dipuji ramai kerana sudah boleh menjalankan tanggungjawab sebagai abang walaupun dirinya masih kecil.

PETALING JAYA – Pelawak dan usahawan terkenal Shuib menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya baru-baru ini berkongsi perkembangan terkini anak bongsunya, Ayash Affan.

Tetapi apa yang paling menarik perhatian netizen adalah gelagat anak sulungnya, Uwais Al Qarni yang dilihat tidak kekok untuk menjaga adiknya.

Menerusi hantaran berbentuk video, Shuib atau nama lengkapnya Shahmira Muhamad, 37, meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan anak yang bertanggungjawab.

Dalam video tersebut, kelihatan Uwais sedang menepuk-nepuk belakang badan adiknya sambil memujuk bayi berusia sebulan itu yang menangis.

“Allahuakbar, syukur atas segala kurniaan Mu Ya Allah. Abang yang baik, Uwais Al Qarni. Rajin dia melayan adik kesayangan Ayash Affan,” tulis Shuib.

Menjengah dalam ruangan komen, ramai pengikut usahawan air minuman BubbleBee itu memuji tindakan Uwais kerana menggalas tugas sebagai seorang abang meskipun masih kecil.

Malah, ada juga pengguna Instagram menyifatkan wajah kanak-kanak berusia 10 tahun itu salin tak tumpah seperti ibunya, Allahyarhamah Siti Sarah.

“Muka Uwais salin tak tumpah macam arwah ibunya. Tengok Uwais terubat rindu Shuib pada Sarah. Semoga Shuib terus kuat demi anak-anak. Hidup mesti diteruskan,” tulis seorang netizen.

“Anak sulung yang boleh diharapkan. Semoga menjadi anak soleh dan berguna kepada masyarakat dan agama. Sejuk mata memandang muka dia, sebiji emaknya,” kata seorang lagi pengguna Instagram.

Terdahulu, Allahyarhamah Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir pada tanggal 9 Ogos lalu setelah beberapa hari ditidurkan akibat kekurangan oksigen disebabkan wabak Covid-19.

Shuib mendirikan rumah tangga bersama Siti Sarah pada 2011 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Martin, 6, dan Ayash Affan, sebulan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI