fbpx

Sarawak kekal tertinggi; 12,434 kes baharu dilaporkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Sarawak kekal merekodkan angka tertinggi dengan 2,968 kes jangkitan Covid-19 hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, berdasarkan data harian, sebanyak 12,434 kes baharu dilaporkan dengan jumlah kumulatif kes Covid-19 sebanyak 2,232,960 kes.

“Empat lagi negeri dengan kes empat digit ialah Selangor (1,362 kes), Johor (1,289 kes), Kelantan (1,125 kes) dan Sabah (1,000 kes). Seterusnya, Perak (971 kes), Pulau Pinang (863 kes), Pahang (663 kes), Kedah (652 kes), Terengganu (612 kes), Melaka (375 kes), Kuala Lumpur (284 kes) dan Negeri Sembilan (169 kes).

“Perlis (79 kes), Putrajaya (18 kes) dan Labuan (lima kes),” katanya menerusi hantaran Facebook di sini hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI