fbpx

Gagal seludup 27 kg musang buah sejuk beku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZHARI (tengah) menunjukkan gambar rampasan karkas babi dan musang buah selepas menahan sebuah kereta di Kampung Jenob, Tanah Merah semalam. FOTO YATIMIN ABDULLAH

RANTAU PANJANG – Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai membawa sebanyak 27 kilogram musang buah yang sudah disejuk beku di dalam kereta dipandunya di Kampung Jenob, Tanah Merah, dekat sini semalam.

Penahanan kereta jenis Proton Iswara yang dipandu lelaki berusia 57 tahun pada pukul 4 petang itu turut membawa kepada penemuan karkas babi hutan seberat 250 kilogram.

Pegawai Pemerintah Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintendan Azhari Nusi berkata, semasa melakukan rondaan rutin, anggota PGA melihat sebuah kereta yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.

“Apabila ditahan, anggota bertugas telah memeriksa bahagian bonet kereta itu dan menjumpai karkas babi hutan. Pemeriksaan lanjut di dalam kereta itu telah membawa kepada penemuan 27 kilogram musang buah sejuk beku yang dibungkus dengan surat khabar.

“Semasa ditahan pemandu kereta itu gagal mengemukakan sebarang dokumen sah berkait muatan yang dibawanya,” katanya pada sidang akhbar di Markas Taktikal PGA Lubok Setol di sini hari ini.

Azhari memberitahu, siasatan awal mendapati kesemua barangan rampasan itu sedang dibawa ke kawasan sempadan negara sebelum ia akan diseludup ke negara jiran. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI