fbpx

Dunia bebas senjata nuklear perlu jadi realiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAIFUDDIN Abdullah ketika berucap secara maya pada Mesyuarat Tertinggi UNGA Ke-76 bagi peringati Hari Penghapusan Senjata Nuklear Sedunia. – Foto ihsan PBB

PUTRAJAYA – Malaysia sekali lagi mengulangi komitmen untuk melihat dunia yang bebas daripada ancaman senjata nuklear menerusi pelaksanaan pelbagai perjanjian berkaitan.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah justeru berkata, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) wajar mempromosikan agenda itu kerana persenjataan tersebut tidak boleh diterima sama sekali.

“Walaupun ada perkembangan positif dalam beberapa tahun lepas, Malaysia tetap prihatin dengan kekurangan kemajuan melibatkan isu perlucutan senjata nuklear ketika ini,” katanya ketika berucap secara maya pada Mesyuarat Tinggi Perhimpunan Agung PBB (UNGA) Ke-76 di sini semalam bagi memperingati dan mempromosi Hari Penghapusan Senjata Nuklear Sedunia.

Acara tahunan diadakan di ibu pejabat PBB, New York, Amerika Syarikat itu menyaksikan ramai pemimpin asing menzahirkan pendirian negara mereka berhubung perkara berkenaan.

Hari tersebut bersempena dengan mesyuarat peringkat tinggi buat kali pertama berlangsung bagi membincangkan pelucutan senjata nuklear ketika UNGA pada 26 September 2013.

Ketika ini, dianggarkan terdapat 13,080 senjata nuklear dimiliki pelbagai negara, namun tiada satu pun dimusnahkan sebagai susulan hasil pemeteraian beberapa perjanjian global. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI