fbpx

Stesen televisyen Russia papar ramalan situasi bencana nuklear

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara peralatan yang diperlukan oleh penduduk Russia ketika perang nuklear tercetus. – NTV

MOSCOW – Presiden Russia, Vladimir Putin meningkatkan propaganda nuklear selepas sebuah stesen penyiaran milik Kremlin menyiarkan program memaparkan situasi yang mungkin berlaku sekiranya perang nuklear tercetus, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Rakaman menakutkan, aneh dan telus disiarkan saluran televisyen NTV itu menunjukkan kesan kemusnahan sekiranya Putin mengarahkan senjata nuklear digunakan dalam perang  menentang Ukraine.

Program tersebut digelar: “Dalam menjangkakan konflik nuklear – bagaimana senjata pemusnah massa menjadi sebahagian daripada permainan geopolitik.”

Video tersebut  turut menyalahkan Barat kerana terlalu banyak berbicara mengenai perang nuklear walaupun Putin yang mengeluarkan ancaman itu hanya dua minggu lalu.

Siaran televisyen itu dilihat seperti memberi amaran bahawa Barat perlu memenuhi permintaan Putin berkaitan Ukraine bagi mengurangkan ancaman perang nuklear.

“Kita berada dalam situasi di mana kehebatan senjata konvensional berpihak kepada Barat.

“Kuasa Russia pula  ialah senjata nuklearnya,” kata penganalisis ketenteraan dan politik Universiti Fakulti Tinggi Ekonomi di Moscow, Vasily Kashin.

Siaran televisyen itu ditayangkan pada waktu sama ketika Russia memindahkan senjata perang baharu termasuk senjata nuklear dari Siberia.

Sebuah video memaparkan senjata dibawa menuju ke arah barat dari Krasnoyarsk, yang terletak kira-kira 4,828 kilometer dari zon perang, hanya beberapa jam selepas Ketua Republik Chechen, Ramzan Kadyrov menyeru agar senjata nuklear digunakan di Ukraine. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI