fbpx

Tiada cadangan ambil alih bangunan bersejarah atas tanah persendirian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bangunan Sekolah Melayu Kampung Kuchai berusia 120 tahun yang dalam keadaan terabai. -Gambar hiasan

IPOH – Kerajaan Perak tidak bercadang untuk mengambil alih tanah milik persendirian yang mempunyai bangunan warisan sejarah di negeri ini.

Sebaliknya pemilik-pemilik tanah persendirian berkenaan boleh bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk menjadikan ia sebagai tapak bangunan warisan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, dan Pelancongan, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata, pihaknya bersifat terbuka bagi menjalin kerjasama sedemikian.

“Sebenarnya kita tidak tidak mempunyai hasrat khusus untuk mengambil alih kawasan-kawasan yang telah menjadi tanah milik persendirian.

“Tapi mereka boleh sahaja bekerjasama sekiranya mahu menjadikan tapak-tapak itu sebagai tapak konservasi dan sebagai tapak bangunan warisan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan enam peranti mudah alih kepada Perpustakaan Komuniti Program Perumahan Rakyat (PPR) Seri Kepayang di sini, hari ini.

Kosmo! sebelum ini pernah melaporkan kerosakan pada bangunan Sekolah Melayu Kampung Kuchai di Jalan Dato Onn Jaafar di sini yang berusia lebih 120 tahun.

Bangunan kayu berdindingkan bertam ini merupakan antara sekolah Melayu tertua di Perak yang masih ada di Ipoh namun telah lama terbiar dan tidak berjaga. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI