fbpx

Pemilik restoran didenda RM10,000 buang sampah merata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemilik restoran didenda RM10,000 buang sampah merata.

KUANTAN – Padah membuang sampah merata-rata, seorang pemilik restoran tomyam didenda RM10,000 di Mahkamah Sesyen Kuantan, di sini, hari ini.

Tertuduh Mohd Zuhairi Razali didakwa melakukan kesalahan itu berhampiran restorannya di Jalan Pintasan Kuantan-Pelabuhan, Julai tahun lalu.

Mohd Zuhairi mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Mohd Kafli Che Ali.

Pendakwaan dilakukan pegawai pendakwa raya daripada Perbadanan Sisa Pepejal dan Kebersihan Awam (SWCorp), Muhamad Fadhli Syam Ramli, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Menurut kertas pertuduhan, pemilik restoran itu melalui pekerjanya didakwa melakukan kesalahan terbabit pada pukul 12.40 pagi 21 Julai 2020.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 71(1) Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 71(8) akta yang sama yang boleh dikenakan denda minimum RM10,000 dan tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun, atau kedua-duanya.

Tertuduh membayar denda ditetapkan mahkamah. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI