fbpx

Yulhee tak terfikir tambah anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YULHEE

BEKAS penyanyi kumpulan LABOUM, Yulhee baru-baru ini meluangkan masa melayan pelbagai pertanyaan peminat menerusi Instagramnya.

Dia menerima banyak soalan berkaitan produk diet dan rahsia penjagaan diri.

Terdapat juga peminat bertanyakan tentang perihal terkini keluarganya.

Ketika ditanya peminat adakah dia sudah mendapatkan suntikan vaksin Covid-19, Yulhee berkata, setakat ini dia baru menerima dos pertama.

Bagaimanapun, suaminya Minhwan yang merupakan anggota kumpulan F.T Island sudah pun lengkap menerima suntikan kedua vaksin.

“Suami saya sudah lengkap divaksin, tetapi saya baru dapat suntikan pertama,” ujarnya.

Pada masa sama, penyanyi dan ibu beranak tiga itu turut menjawab persoalan peminat tentang perancangan keluarga kecilnya.

“Dahulu saya pernah bergurau tentang anak keempat, tetapi realitinya tidak,” jawabnya ketika ditanya adakah dia terfikir untuk menambah bilangan ahli keluarganya.

Dalam perkembangan terbaharu, Yulhee dan Minhwan akan menemui penonton dalam program realiti Mr. House Husband 2 terbitan KBS2 tidak lama lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI