fbpx

Shah Alam banjir, sepatutnya suruh hentikan pembalakan – Diana Danielle

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DIANA DANIELLA menyalahkan kemusnahan alam sekitar sebagai punca terjadi banjir di Shah Alam.

PETALING JAYA – Kejadian banjir di beberapa lokasi di Shah Alam, Selangor semalam mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai termasuklah Diana Danielle yang tidak ketinggalan melontarkan pendapat tentang kejadian tersebut.

Menurut Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 30, kejadian banjir di Shah Alam berpunca daripada masalah perubahan iklim yang wujud disebabkan aktiviti penerokaan hutan.

“Kejadian banjir di Shah Alam, orang cakap ‘patut bina lebih besar ini, lebih baik itu’ tetapi saya mohon maaf kerana terpaksa mengecewakan kalian.

“Hal ini kerana perubahan iklim yang telah menyebabkan bandar dan pekan seluruh dunia berdepan masalah banjir tidak kira betapa bagus bandar dibangunkan,” ciapnya dalam Twitter semalam.

Tambah pelakon filem Gol & Gincu Vol. 2 itu, orang ramai sepatutnya bersuara agar aktiviti pembalakan di kawasan sekitar dihentikan bagi membendung kejadian sama berulang lagi.

“Anda sepatutnya cakap, ‘kita patut hentikan aktiviti pembalakan’,” katanya lagi.

Semalam, Kosmo! melaporkan sekitar kawasan Stadium Seksyen 13, Shah Alam ditenggelami air sedalam 1.2 meter dalam kejadian banjir kilat akibat hujan lebat semalam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI