fbpx

Malaysia mula langkah kanan di Finland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZII JIA berjaya mengemudi skuad badminton negara apabila berjaya menewaskan England pada aksi pembuka tirai Kumpulan D di Energia Areena sebentar tadi. - BADMINTON PHOTO

PASUKAN badminton negara bermula garang pada saingan Piala Sudirman 2021 di Vantaa, Finland selepas membenam England 3-2 pada aksi pembukaan Kumpulan D di Energia Areena sebentar tadi.

Meskipun membariskan rata-rata pemain muda pada saingan kali ini, namun Malaysia yang diketuai perseorangan lelaki No.1 negara, Lee Zii Jia berjaya memastikan pasukan bermula dengan langkah kanan.

Pasukan negara memulakan perlawanan dengan cemerlang apabila beregu campuran, Hoo Pang Ron-Cheah Yee See mencatat kemenangan ke atas gandingan No.7 dunia, Marcus Ellis-Lauren Smith dengan kemenangan straight set 21-19, 21-18.

Kemudian, Zii Jia meletakkan pasukan negara 2-0 di depan apabila menang 21-4, 21-15 ke atas Johnnie Torjussen sebelum beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menewaskan Ben Lane-Sean Vendy 22-20, 21-18.

AARON dan Wooi Yik turut cemerlang apabila turut menyumbang mata buat pasukan badminton Malaysia pada saingan Piala Sudirman sebentar tadi. – BADMINTON PHOTO

Bagaimanapun, hasrat perseorangan wanita, S. Kisona untuk meletakkan Malaysia dalam keadaan lebih selesa tidak terlaksana apabila tewas 16-21, 20-22 kepada Abigail Holden.

Sementara itu, beregu wanita, Pearly Tan-M. Thinaah juga terpaksa akur dengan kekalahan kepada Chloe Birch-Lauren Smith apabila tewas dalam aksi rubber set 18-21, 21-17, 21-10.

Malaysia akan meneruskan saingan Kumpulan D dengan aksi menentang Mesir pada perlawanan yang dijadualkan berlangsung di Energia Areena malam esok. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI