fbpx

Malaysia komited jadi negara mesra pelabur pasca Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ekonomi Malaysia bertumbuh perlahan pada suku tahun kedua 2023. - Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kerajaan komited mempergiatkan usaha menarik pelaburan bagi memastikan Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan pilihan bagi memberi manfaat kepada agenda sosioekonomi negara.

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, bagi tempoh Januari hingga Jun 2021 Malaysia berjaya menarik pelaburan bernilai RM107.5 bilion meliputi sektor kilang, perkhidmatan dan utama.

“Jumlah ini merekodkan lonjakan ketara sebanyak 69.8 peratus berbanding 63.3 peratus bagi tempoh yang sama.

“Daripada jumlah pelaburan tersebut, Pelaburan Langsung Asing (FDI) menyumbang 58.1 peratus atau RM62.5 bilion iaitu tiga kali ganda FDI diluluskan berbanding tempoh sama pada 2020 iaitu sebanyak RM19.8 bilion,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Mohamed Azmin (Bersatu-Gombak) berkata demikian ketika menjawab soalan Wan Hassan Mohd Ramli (Pas-Dungun) berhubung rancangan kerajaan dalam menarik pelaburan terutamanya melibatkan syarikat gergasi antarabangsa.

Dalam pada itu, menjawab soalan Fong Kui Lin (PH-Bukit Bintang) beliau tidak menolak terdapat syarikat asing yang bertindak menarik pelaburan mereka di Malaysia disebabkan penularan Covid-19.

“Pelbagai faktor dipertimbangkan syarikat asing untuk memilih destinasi pelaburan mereka termasuklah kos buruh yang rendah, saiz pasaran domestik dan sumber mineral sedia ada.

“Ini merupakan sebahagian pelan rasionalisasi yang dibuat syarikat asing berkenaan dan bukannya berpunca daripada persekitaran negara tidak kondusif,” jelasnya.

Mohamed Azmin berkata, laporan Buku Tahunan Daya Saing Dunia 2021 turut meletakkan daya saing global Malaysia pada kedudukan ke-25 daripada 64 sektor ekonomi berbanding tempat ke-27 tahun 2020.

Dalam pada itu beliau berkata, sebanyak 1.06 juta pekerja telah mendapat janji temu di bawah Program Imunisasi Industri Covid-19 Awam Swasta (PIKAS) dengan 1,000,826 pekerja telah diberi dos pertama manakala 899,626 pekerja telah lengkap vaksinasi.– K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI