fbpx

‘Ibu ayam’, 4 lelaki hidung belang diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Raub Selamat

JOHOR BAHRU – Polis menyelamatkan empat orang wanita tempatan yang disyaki menjadi mangsa pemerdagangan orang bagi tujuan eksploitasi seks susulan serbuan dibuat di premis di kawasan Taman Mount Austin, di sini, malam kelmarin.

Dalam serbuan yang dibuat pada pukul 7.20 petang itu, polis turut menahan seorang ibu ayam dan empat lelaki hidung belang dipercayai pelanggan bagi khidmat urut dan seks.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, serbuan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (D7) Kontinjen Johor menyelamatkan empat wanita berusia 17 hingga 28 tahun ditahan di premis yang menjadi pusat aktiviti persundalan itu.

“Dalam serbuan tersebut, seorang wanita tempatan berusia 31 tahun ditahan kerana terlibat eksploitasi seks serta menguruskan rumah persundalan bagi membantu siasatan.

“Hasil serbuan itu, polis berjaya menyelamatkan empat wanita tempatan termasuk remaja 17 tahun yang disyaki menjadi mangsa pemerdagangan orang bagi tujuan eksploitasi seks.

“Dalam serbuan ini juga, pihak polis turut menahan empat lelaki berusia lingkungan 27 hingga 43 tahun yang disyaki pelanggan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam serbuan itu, polis turut merampas pelbagai peralatan antaranya lapan unit telefon bimbit pelbagai jenama, empat botol minyak pelincir pelbagai jenama, tiga helai tuala, dua kotak kondom jenama Durex, sebungkus tisu basah jenama Watson, sekeping kad akses dan wang tunai sebanyak RM1,890.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI