fbpx

Wanita rugi RM53,000 diperdaya pegawai ‘LHDN’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEBERANG PERAI – Seorang wanita menanggung kerugian RM53,000 selepas diperdaya sindiket yang menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, mangsa berusia 40 tahun dikatakan telah menerima panggilan telefon daripada suspek yang mendakwa syarikat yang didaftarkan atas namanya memiliki tunggakan cukai sebanyak RM32,800.

“Panggilan telefon kemudiannya disambungkan kepada individu kononnya pegawai polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka yang turut memaklumkan butiran peribadi mangsa telah digunakan pihak lain.

“Mangsa yang juga seorang kakitangan swasta kemudiannya bertindak memindahkan sejumlah wang bernilai RM53,000 menerusi tiga akaun berbeza.

“Kejadian itu kemudiannya diceritakan kepada rakannya dan mangsa tampil membuat laporan polis selepas menyedari dirinya telah ditipu,” katanya kepada pemberita hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI