fbpx

Upah sehingga RM650 jadi ceti haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Polis menahan lima lelaki yang disyaki terlibat dengan kejadian simbah cat pada kenderaan, rumah dan menghantar surat ugutan jenayah di beberapa tempat di kawasan di daerah ini dan Pontian.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kesemua suspek itu ditahan susulan enam serbuan dibuat di lokasi berasingan di sekitar kawasan Johor Bahru dan Melaka antara Khamis hingga semalam.

Beliau berkata, kesemua suspek yang ditahan itu berusia lingkungan 18 hingga 39 tahun ditangkap dalam serbuan tersebut.

Menurutnya, kejayaan itu susulan laporan yang dibuat mangsa yang memaklumkan sebuah kenderaan miliknya telah disimbah cat merah dan terdapat sekeping nota ugutan jenayah dilekatkan di pintu pagar rumah pengadu pada pukul 6.33 petang, Isnin lalu.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan telah berjaya menahan lima suspek dalam serbuan di enam lokasi berasingan di kawasan Johor Bahru dan Melaka.

“Hasil pemeriksaan rekod jenayah lampau kesemua suspek mendapati dua daripadanya mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan jenayah dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam serbuan itu, polis turut merampas pelbagai alatan iaitu tujuh buah telefon bimbit pelbagai jenis, enam helai kertas catitan berbaur ugutan dan sebatang pen marker.

Raub berkata, hasil siasatan juga mendapati kesemua suspek telah menerima upah daripada seorang lelaki yang tidak dikenali sebanyak RM400 sehingga RM650 setiap satu pekerjaan yang dilakukan.

Katanya, kesemua suspek berurusan dan berhubung dengan lelaki terbabit dengan menggunakan aplikasi WhatsApp.

“Hasil ujian saringan air kencing kelima-lima suspek mendapati salah seorang suspek berusia 39 tahun positif dadah jenis Methamphetamine,”katanya.- K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI