fbpx

China arah penerbitan kartun sopan, mesra pengguna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengunjung berjalan melewati dinding poster filem dan rancangan China semasa Pameran Perdagangan Antarabangsa China 2021 di Beijing, baru-baru ini. - Getty Images

BEIJING – Pemerintah  China mengumumkan akan menggalakkan penghasilan kartun online yang lebih sopan dan mesra pengguna bagi membanteras isu keganasan serta pornografi, lapor akhbar Daily Mail semalam.

Gerakan yang akan dilaksanakan oleh badan kawal selia penyiaran pemerintah itu merupakan antara beberapa mandat baharu diperkenalkan dalam usaha membawa industri hiburan  ke peringkat lebih tinggi.

Pentadbiran Radio dan Televisyen Nasional dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa kanak-kanak dan orang dewasa adalah penonton utama siri kartun maka ia perlu ditapis dengan teliti.

Agensi berkelayakan perlu menyiarkan  kandungan yang memperlihatkan tentang kebenaran, menyebar kebaikan dan mempromosi hal-hal yang bersesuaian sahaja.

China juga telah meningkatkan usaha membersihkan industri hiburannya sejak beberapa bulan lalu  dengan mengambil tindakan atas pemujaan selebriti berlebihan di platform online.

Pentadbiran Parti Komunis itu juga menjanjikan hukuman lebih keras bagi artis yang didapati terlibat dalam tingkah laku haram atau tidak beretika.

Awal bulan ini, negara itu melarang kemunculan lelaki transgender di stesen penyiaran televisyen tempatan dan menuntut program hiburan berhenti mempromosikan bintang internet.

Ini kerana kebanyakan pelakon dan bintang pop China dikatakan  semakin berani meniru penampilan lebih feminin seperti artis Korea Selatan dan menimbulkan kebimbangan mengenai pengaruh ‘kuasa lembut’  di negara itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI