fbpx

101 kapal kena kompaun RM2.5 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nurul Hizam menunjukkan kapal dagang yang berlabuh secara haram di perairan Malaysia pada sidang akhbar di sini hari ini. - RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebanyak 101 buah kapal yang melakukan kesalahan berlabuh secara haram sejak awal tahun ini.

Laksamana Pertama Maritim, Nurul Hizam Zakaria berkata, dalam tempoh itu, sebanyak RM2.5 juta kompaun dikeluarkan dengan sejumlah 83 buah kapal ditahan menerusi operasi Jangkar Haram yang menahan kapal berlabuh tanpa kebenaran terutamanya di kawasan Tompok Utara.

Menurutnya, kes terbaharu yang dilaporkan membabitkan penahanan dua buah kapal tangki yang sedang melakukan aktiviti pemindahan minyak secara haram di kawasan perairan Johor Timur.

“Kapal yang ditahan itu ialah kapal tangki yang berdaftar di Mongolia itu dikendalikan lapan kru warga Indonesia berusia 23 hingga 66 tahun ditahan 31 Ogos lalu kerana bersauh tanpa kebenaran dan didenda sebanyak RM50,000.

“Pemindahan itu turut melibatkan sebuah kapal tangki dari Panama yang dikendalikan 25 kru terdiri daripada Indonesia, Ukraine, Georgia dan Rusia berusia antara 23 hingga 53 tahun.

“Kedua-dua kapal tangki itu ditahan oleh aset Maritim Malaysia pada hari yang sama kira-kira 1.30 tengah hari di kedudukan 22 batu nautika timur laut Tanjung Siang, Kota Tinggi,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Maritim Negeri Johor hari ini. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI