fbpx

‘Tikus makmal rasa bertuah’, Nora nak melancong ke tempat lain pula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORA DANISH gembira kerana tiada jangkitan baharu akibat sektor pelancongan Langkawi yang baru dibuka semula.

PETALING JAYA – Menjadi antara yang terawal berpeluang melancong ke pulau peranginan, Langkawi, Kedah, pelakon jelita Nora Danish bersyukur tiada kes positif Covid-19 melibatkan pelancong pulau berkenaan setakat ini.

Nora atau nama lengkapnya, Nora Mohd. Danish Hanif berkata, biarpun seperti dijadikan ‘tikus makmal’, dia berasa sangat bertuah dan berharap dapat meneroka lebih banyak tempat pelancongan selepas ini.

“Alhamdulillah, kami sebagai ‘tikus makmal’ rasa bertuah. Semoga dapat lagi ke tempat-tempat pelancongan lain yang dibuka. Insya-Allah. Doa yang baik-baik,” katanya.

Menerusi Instastory, pelakon yang cukup sinonim dengan siri komedi Puteri itu turut berkongsi paparan skrin keratan artikel yang melaporkan tiada langsung kes positif wabak maut berkenaan sejak aktiviti pelancongan dibuka kepada umum 16 September lalu.

Terdahulu, isteri kepada ahli perniagaan, Nedim Nazri itu menjadi antara selebriti terawal yang berkunjung ke Pulau Langkawi sebaik sahaja lokasi percutian popular tersebut dibuka kepada pelancong yang lengkap dua dos vaksin.

Selain Nora, jutawa kosmetik sensasi, Datuk Aliff Syukri turut menjadi antara yang terawal bercuti di pulau berkenaan.

Beberapa hari bercuti di Langkawi bersama suami dan anak, Mohamed Neqayl Nedim, Nora menerima kecaman hebat daripada netizen yang mempersoalkan aksi ‘daring’ mencolok matanya sehingga dia bertindak menutup ruangan komen Instagram. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI