fbpx

Pulau Pinang bakal terima dua PPR baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Reezal Merican (depan dua dari kanan) ketika melepaskan ikan hiasan air tawar semasa melakukan lawatan kerja ke bangunan MBSP di Bandar Perda, Bukit Mertajam hari ini.

SEBERANG PERAI – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memberi jaminan untuk menyediakan dua Projek Perumahan Rakyat (PPR) bagi menampung pertambahan jumlah penduduk dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, salah satu daripada projek perumahan itu akan dilaksanakan di daerah Seberang Perai Tengah (SPT) dan Seberang Perai Utara (SPU), manakala satu projek di bahagian pulau.

Bagaimanapun katanya, lokasi sebenar tapak projek perumahan masih dalam perbincangan dan dijangka diumumkan selepas ini.

“Kita (KPKT) pilih SPT dan SPU kerana sehingga kini belum ada lagi projek perumahan di bawah KPKT dijalankan di sini walaupun projek PPR ini telah dimulakan lebih awal iaitu sekitar tahun 1987 sebelum dijenamakan semula pada 2002.

“Projek PPR terakhir yang ada ialah PPR Tok Suboh (di Bukit Minyak, Simpang Ampat) yang telah pun selesai dan dilaksanakan secara sewa beli (rent-to-own),” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian ketika melakukan lawatan kerja ke bangunan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) di Bandar Perda, Bukit Mertajam di sini.

Menurut Reezal Merican, selain masih belum ada PPR yang dilaksanakan oleh KPKT di SPU dan SPT, alasan pemilihan dua daerah itu untuk projek perumahan akan datang adalah hampir 45 peratus penduduk Pulau Pinang yang dikategorikan sebagai B40 tinggal di kawasan itu ketika ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI