fbpx

Lelaki terima 4,000 panggilan sehari gara-gara Squid Game

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kad perniagaan yang dipegang Gong Yoo mengandungi nombor telefon sebenar milik individu di luar drama. - Korean Herald

SEOUL – Seorang lelaki di Korea Selatan menerima tempias populariti drama bersiri Netflix, Squid Game apabila nombor telefonnya digunakan oleh salah seorang pelakon iaitu Gong Yoo dalam naskhah tersebut.

Menurut laporan Korean Herald, watak Gong Yoo dalam satu babak Squid Game memaparkan nombor telefon pada kad perniagaannya dan ia telah dihafal oleh peminat.

Jika pada kebiasaan, nombor yang digunakan dalam drama atau filem adalah palsu, namun kali ini, ia sebenarnya talian aktif dan masih digunakan oleh pemilik sebenar di luar drama.

Lelaki tersebut yang tidak menonton Squid Game mengakui menerima lebih 4,000 panggilan dan pesanan ringkas sehari sejak beberapa minggu lepas.

“Saya sudah menggunakan nombor ini selama 10 tahun dan ini adalah kali pertama hal seperti ini berlaku.

“Salah seorang pemanggil yang memaklumkan bahawa nombor telefon saya digunakan dalam drama Squid Game,” kata lelaki yang tidak didedahkan identitinya.

Isu ini telah dipanjangkan kepada pihak pengurusan Netflix Korea yang berjanji akan menyiasat perkara tersebut dan berjanji akan menghubungi pemilik sebenar nombor telefon berkenaan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI