fbpx

Waspada pelitup muka Korea palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kedutaan Korea Selatan di Malaysia memberi amaran berhubung penipuan pelitup muka dikenali sebagai Korea Filter (KF) yang popular dalam kalangan pengguna baru-baru ini.

Menurutnya, pelitup muka KF merujuk kepada alat pernafasan yang dihasilkan di Korea Selatan dan diklasifikasikan sebagai pelitup muka jenis KF80, KF94 atau KF99 mengikut kecekapan penapisan.

“Sebilangan besar pelitup muka yang didakwa sebagai KF telah dijual dan diedarkan di Malaysia melalui platform e-dagang atau di farmasi dan premis tertentu.

“Tidak semua produk tersebut berasal dari Korea Selatan kerana ada yang dibuat di negara lain tanpa diuji serta diluluskan Kementerian Keselamatan Makanan dan Dadah (MFDS),” katanya dalam kenyataan menerusi laman Facebook.

Justeru, pihak Kedutaan Korea Selatan mengesyorkan orang ramai supaya menyemak maklumat berkaitan produk seumpama itu di laman web MFDS sebagai jaminan untuk menerima produk yang tulen.

Katanya, pelitup muka KF yang palsu dikhuatiri berkualiti rendah dan tidak memberi perlindungan mencukupi dengan orang ramai perlu berhati-hati jika mendapati harga produk tersebut lebih murah berbanding harga pasaran di Korea Selatan.

“Harga purata bagi pelitup muka jenis KF94 setakat minggu pertama pada September ialah 543KRW (RM1.92) sekeping secara online dan 1,240KRW (RM4.38) jika dibeli secara offline.

“Manakala harga pelitup muka jenis KFAD ialah 389KRW (RM1.37) secara online berbanding 612KRW (RM2.16) jika dibeli secara offline,” ujarnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI