fbpx
Lang CONG (kanan) menyerahkan replika cek kepada Raja Riza Shazmin di Dewan Vanke Experiential, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Vanke sumbang RM10,000 kepada Mercy Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Syarikat hartanah, Vanke Malaysia ­menyumbang RM10,000 kepada pertubuhan bukan kerajaan, Mercy Malaysia sempena kempen Senyum Malaysia yang dilaksanakan untuk sambutan bulan kemerdekaan.

Bagi setiap foto dengan simbol tangan Senyum Malaysia yang dimuat naik di media sosial, Vanke Malaysia akan menyumbang RM10.

Sepanjang kempen tersebut, sebanyak 1,000 foto telah berjaya dikumpul.

Pengarah Urusan Vanke Malaysia, Lang Cong berkata, sumbangan tersebut adalah untuk membantu meningkatkan sistem kesihatan negara dengan menyumbang bekalan dan kemudahan perubatan kepada kumpulan ter­pinggir.

“Kami amat berterima kasih kepada semua peserta yang te­lah mengambil bahagian dalam kempen ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Penyerahan cek sumba­ngan disampaikan Lang Cong kepada Naib Presiden II Mercy Malaysia, Raja Riza Shazmin Raja Badrul Shah di Dewan Expe­riential Vanke di Kuala Lumpur baru-baru ini.

POPULAR