fbpx

Tedung selar ditangkap curi telur ayam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ular sepanjang tiga meter itu berjaya ditangkap dengan bantuan pasukan APM.

ALOR GAJAH – Usaha seorang remaja lelaki ingin menghalau haiwan yang sering mencuri telur ayam milik keluarganya terbantut selepas ‘bertembung’ dengan seekor ular tedung selar di rumahnya di Kampung Parit Melana, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.40 petang itu, ular sepanjang tiga meter dan seberat enam kilogram itu bagaimanapun berjaya ditangkap dengan bantuan pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Menurut bapanya, Mohd. Hazhar Mohd. Hasnan, 44, ketika kejadian dia sedang bekerja tidak jauh dari rumahnya dan bergegas pulang apabila remaja berusia 15 tahun itu menelefon memaklumkan kehadiran reptilia berkenaan.

“Saya sangkakan monyet yang mencuri telur ayam di stor lama rumah kami dan saya memang berpesan kepada anak untuk menghalaunya.

“Tidak sangka pula, rupanya ia kerja ular tedung selar. Anak saya terkejut apabila ternampak ular tersebut dalam keadaan kepalanya tegak berdekatan reban ayam kami,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sementara itu, Pegawai Operasi, Bencana dan Logistik Pejabat Pertahanan Awam Daerah Alor Gajah, Leftenan (PA) Abdul Hadi Baharom berkata, panggilan kecemasa diterima pada pukul 3.59 petang.

“Sepasukan empat anggota bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi kes menangkap ular (KMU).

“Setiba di lokasi, ular tersebut telah menyusup dan menyorok di dalam tempayan sebelum berjaya ditangkap kira-kira 10 minit kemudian,” katanya. -K!ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI