fbpx

81 peratus individu lengkap dua dos vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Sebanyak 81 peratus atau 18,964,474 individu dewasa negara ini telah lengkap menerima dua dos vaksin setakat semalam.

Berdasarkan data yang dikongsikan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), sebanyak 93.3 peratus atau lebih 21,847,551 juta individu pula sudah menerima suntikan pertama.

Setakat semalam, sejumlah 321,342 dos suntikan harian telah diberikan di seluruh negara.

Data yang dikongsikan JKJAV.

Daripada jumlah itu, Johor terus mencatatkan pemberian dos kedua tertinggi dengan 35,208 dan diikuti Perak (24,792), Pahang (20,296), Sabah (19,496), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (18,503), Kelantan (17,634) serta Kedah (15,351).

Ia sekali gus menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin seluruh negara adalah lebih 40,812,043 juta. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI