fbpx

Arsenal perlukan tiga musim lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARTETA berdepan tekanan yang tinggi untuk memulihkan semua Arsenal selepas beberapa musim mereka gagal berada dalam kelompok teratas Liga Perdana Inggeris. – AFP

LONDON – Jurulatih pasukan remaja Arsenal, Per Mertesacker mengingatkan para peminat Arsenal supaya bersedia untuk menerima hakikat bahawa kelab itu mungkin bakal terlepas aksi Liga Juara-Juara untuk tempoh dua ke tiga musim akan datang.

Bekas pemain pertahanan The Gunners itu mengakui beliau sendiri tidak sabar untuk me­nyaksikan Arsenal kembali ke reputasi sebenar tetapi secara realitinya percaya pengurus pasukan itu, Mikel Arteta masih memerlukan masa untuk melaksanakan rancangannya.

“Arsenal ketika ini berada pada fasa transisi yang menyeluruh. Apabila Arsene Wenger meninggalkan kelab ini pada 2018, terdapat beberapa kekosongan yang perlu diisi dan ia memerlukan tempoh beberapa tahun, mungkin tiga atau empat tahun.

“Anda sentiasa mahukan jalan pintas, terus ke Liga Juara-Juara, terus menjadi sebuah pasukan yang berjaya. Saya sendiri be­kerja di akademi memerlukan masa untuk melaksanakan pembangunan. Ia sama juga dengan pasukan ini, saya harap Arteta diberikan masa.

“Saya seorang yang tidak sabar, saya mahu esok kami bermain di pentas Eropah. Beritahu semua orang bahawa kami adalah kelab terbaik di dunia yang mampu mencabar kejuaraan.

“Secara realitinya, ia tidak begitu. Proses transisi memerlukan masa untuk kita melihat hasil yang lebih baik walaupun banyak perkara pahit yang perlu ditelan ketika ini,” katanya.

Arsenal memulakan musim dengan prestasi buruk apabila tewas dalam tiga perlawanan awal dan bolos sembilan gol tanpa berjaya sebarang jaringan.

Bagaimanapun, mereka semakin menampakkan pemulihan apabila meraih dua kemenangan berturut-turut ketika menewaskan Norwich City dan Burnley tetapi perlu berdepan seteru setempat, Tottenham Hotspur hujung minggu ini.

Justeru, Mertesac­ker berharap para peminat Arsenal memberikan kepercayaan kepada Arteta untuk membawa kelab itu ke saingan Liga Juara-Juara selepas kali terakhir beraksi pa­da edisi 2016/17 lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI