fbpx

Pembantu kedai maut nahas dua motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pembantu kedai serbaneka maut selepas motosikal yang ditunggangi terbabit dalam kemalangan di kilometer 3.4, Jalan Tampin Kana - Linggi, di sini, malam semalam.

PORT DICKSON – Seorang pembantu kedai serbaneka maut selepas motosikal yang ditunggang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 3.4, Jalan Tampin Kana – Linggi di sini, malam semalam.

Dalam kejadian pukul 7.10 malam itu, mangsa, Muhammad Zuhairi Mohd Hatta, 22, beralamat di Kampung Sungai Layang, Rembau meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed, kemalangan membabitkan dua buah motosikal jenis Yamaha Y15 yang ditunggang mangsa dan Yamaha 135LC yang ditunggang remaja berusia 15 tahun.

“Mangsa dari arah Port Dickson menuju ke Rembau. Setibanya di tempat kejadian, sebuah motosikal keluar dari simpang kanan jalan lalu melanggar bahagian kanan kenderaan mangsa.

“Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian manakala seorang lagi penunggang motosikal luka di bahu dan lutut,” katanya ketika dihubungi di sini tadi.

Aidi Sham berkata, mayat mangsa di bawa ke unit forensik hospital bagi tujuan bedah siasat. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`. This does not appear to be a valid RSS or Atom feed.