fbpx

Mangsa banjir Kuala Selangor meningkat 132 penduduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA APM membantu memindahkan penduduk warga emas di Kampung Tanjung Buah-Buahan, Kuala Selangor, hari ini.

KUALA SELANGOR –  Seramai 35 penduduk terpaksa dipindahkan selepas kejadian banjir termenung yang melanda dua buah kampung iaitu Kampung Tanjung Siam dan Kampung Tanjung Buah-Buahan hari ini.

Pemindahan tersebut menjadikan jumlah keseluruhan 132 mangsa banjir di empat buah kampung termasuk Kampung Rantau Panjang dan Kampung Parit Mahang yang telah dipindahkan awal.

Pemangku Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Selangor, Leftenan (PA) Maizura Suradi berkata, kesemua 35 mangsa banjir terbaru itu ditempatkan di PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Pasangan.

“Semua mangsa banjir berkenaan terdiri daripada 14 keluarga termasuk 12 kanak-kanak, lapan warga emas dan seorang lelaki orang kurang upaya (OKU).

“Lebih 70 anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kuala Selangor bersiap siaga selain turut terlibat dalam operasi lain seperti kes ular, musnah sarang serangga atau pokok tumbang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan jumlah mangsa banjir di Kuala Selangor terus meningkat kepada 101 orang susulan pembukaan sebuah lagi pusat pemindahan sementara (PPS) di SK Parit Mahang, Jeram itu yang menempatkan seramai 11 mangsa. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI