fbpx

Lapan bomba Perak positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

IPOH Seramai 33 pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak dikuarantin selepas lapan daripada mereka positif Covid-19.

Daripada lapan orang yang positif itu, empat orang dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar, BBP Tapah (dua) manakala seorang masing-masing di BBP Kamunting dan BBP Ipoh.

Pengarah JBPM Perak, Azmi Osman berkata, kesemua mereka merupakan pesakit kategori dua dan kini dikuarantin di rumah masing-masing.

Azmi Osman

Menurut beliau, seramai 25 warga bomba Perak turut dikuarantin kerana berstatus individu dalam siasatan (PUI) dan individu dalam pengawasan (PUS).

“Daripada jumlah itu, BBP Kuala Kangsar merekodkan jumlah tertinggi seramai 12 orang, dua masing-masing di BBP Lenggong, BBP Taiping, BBP Ipoh, BBP Kamunting dan di Ibu Pejabat JBPM Perak.

“Manakala BBP Gopeng, BBP Parit Buntar, BBP Meru Raya dan BBP Batu Gajah masing-masing seorang,”
katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat JBPM Perak di Meru Raya di sini hari ini.

Menurut Azmi, jumlah mereka yang dikuarantin itu bagaimana pun tidak menjejaskan pengoperasian balai-balai yang terlibat.

Sementara itu beliau berkata, tindakan tegas termasuk tunjuk sebab akan dikenakan terhadap mana-mana pegawai dan anggota yang didapati tidak patuh kepada SOP Covid-19.

Sehubungan itu katanya, satu pasukan tindakan ditubuhkan bagi memastikan semua warga bomba Perak sentiasa patuh kepada SOP yang ditetapkan.

“Dalam menghadapi sebarang bencana atau kejadian, kita mahu anggota sentiasa sihat dan mempunyai fizikal mantap dalam melaksanakan tugas berkaitan keselamatan,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI