fbpx

Jumlah kemasukan pelancong ke Sabah menurun 85.2 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Juhar (tiga dari kanan) ketika tiba diperkarangan pintu masuk utama DUN Sabah sempena Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Persidangan DUN Sabah Yang Keenam Belas Tahun 2021 hari ini. -Foto: IHSAN PENERANGAN-

KOTA KINABALU – Jumlah ketibaan pelancong ke Sabah menurun sebanyak 85.2 peratus bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini berikutan penularan pandemik Covid-19.

Peratus berkenaan bersamaan seramai 108,862 orang berbanding 736,921 orang dalam tempoh sama untuk tahun 2020.

Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin berkata, bilangan kedatangan pelancong ke Sabah sepanjang tahun lalu hanyalah 977,460 orang berbanding 4.2 juta orang pada tahun 2019.

Jelasnya, hal ini melibatkan penurunan sebanyak 76.7 peratus manakala anggaran jumlah terimaan pelancongan di negeri ini dalam enam bulan pertama tahun 2021 menyusut dengan ketara sebanyak 88 peratus iaitu bersamaan RM1.28 bilion kepada RM174 juta berbanding RM1.45 bilion dalam tempoh yang sama tahun 2020.

“Menyedari hakikat itu, kerajaan negeri sudah mengambil inisiatif dengan merangka Pelan Pemulihan Sabah sebagai panduan dan persediaan dalam usaha memulihkan industri pelancongan.

“Antara pendekatan yang diambil di bawah pelan pemulihan terbabit termasuklah memperhebatkan usaha merangsang pembangunan sektor pelancongan melalui pelaksanaan pelbagai inisiatif termasuk membangunkan infrastruktur dan kemudahan asas pelancongan, terutamanya di kawasan luar bandar.

“Selain itu, pemeliharaan dan pemuliharaan khazanah budaya dan khazanah alam di negeri ini akan terus diberikan tumpuan dalam usaha untuk membangunkan kembali industri pelancongan sekaligus memberi kesedaran kepada orang awam tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan khazanah budaya dan khazanah alam agar dapat dinikmati dan dimanfaat oleh setiap golongan masyarakat,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI