fbpx
Tangkap layar video memaparkan wanita berkenaan mendakwa telah didera majikannya di sebuah kondominium di sekitar Taman Ayer Panas, Khamis lalu.

Polis nafi dakwaan wanita warga Indonesia didera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Polis menafikan dakwaan seorang wanita warga Indonesia didera majikannya di sebuah kondominium di Taman Ayer Panas pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, polis telah mengesan sebuah video tular di media sosial Facebook berdurasi satu minit 10 saat yang memaparkan seorang wanita berada dalam ketakutan dan mendakwa telah didera majikannya.

“Menerusi penelitian ke atas video yang diperolehi, pihak polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju dan Balai Polis Setapak telah pergi ke kondominium berkenaan untuk mendapatkan maklumat kejadian.

“Berdasarkan maklumat yang diperolehi di tempat kejadian dan keterangan saksi, kejadian berlaku pada Khamis lalu kira-kira pukul 10 malam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, hasil keterangan saksi, tiada unsur penderaan yang berlaku terhadap mangsa sebaliknya wanita warga Indonesia itu dipercayai mengalami tekanan perasaan kerana hendak balik ke negara asal.

“Mangsa telah berjaya dipujuk oleh rakannya dan ditenangkan, salah seorang kenalan mangsa juga telah membuat laporan polis bagi menafikan berlakunya kejadian dera ke atas mangsa.

“Setakat ini, semakan mendapati tiada sebarang laporan polis dibuat oleh mangsa, individu lain dan pihak kedutaan indonesia berhubung kejadian ini,” jelasnya.

Sehubungan itu, pihak polis berharap supaya spekulasi berlaku kejadian dera ke atas mangsa tidak ditularkan kerana berita yang tidak tepat boleh mendatangkan keresahan dan kerisauan kepada masyarakat. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

POPULAR

BERITA BERKAITAN