fbpx
Khairy Jamaluddin (kanan) ketika mendengar penerangan selepas merasmikan pembukaan BP Healthcare Covid-19 Health Screening di KLIA, di sini hari ini. /FOTO FAISOL MUSTAFA

Permohonan kuarantin di rumah lebih mudah menerusi portal HQA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG – Permohonan untuk menjalani kuarantin di rumah kini lebih mudah menerusi portal Home Quarantine Application (HQA) yang boleh diakses pengembara dari luar negara mulai esok.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, portal yang menampilkan sistem lebih mantap tersebut telah dibangunkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi Crisis Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC).

Menurut beliau, dengan wujudnya portal HQA sebagai langkah penambahbaikan, pengurusan permohonan kuarantin di rumah itu dapat dilakukan dengan lebih baik berbanding sebelum ini.

“Satu borang sahaja perlu diisi dan permohonan perlu dibuat dalam tempoh tujuh hingga 10 hari sebelum ketibaan ke Malaysia.

“Justeru, pengembara yang akan tiba di Malaysia mulai 28 September 2021 boleh membuat permohonan kuarantin wajib di rumah atau tempat kediaman melalui portal HQA ini,” katanya pada sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) di sini hari ini.

Terdahulu, beliau mengadakan lawatan ke Pusat Kemudahan Ujian Pengesanan Covid-19 di lapangan terbang berkenaan.

Portal berkenaan boleh diakses oleh orang ramai menerusi pautan https://ecovid19.moh.gov.my/outbreak-portal-hqa. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

POPULAR