fbpx

Klopp berjaya guna sistem baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIVERPOOL berjaya meraih kemenangan keempat dari lima aksi musim ini ketika menewaskan Palace 3-0 kelmarin. – AFP

LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menjelaskan, beliau tidak teragak-agak untuk menggunakan sistem penggiliran pemain bagi mengharungi semua pertandingan dalam saingan musim ini.

Pengendali dari Jerman itu melakukan enam pertukaran dalam kesebelasan utama ketika menewaskan Crystal Palace 3-0 pada perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield malam kelmarin.

Pada perlawanan itu, The Reds meledak tiga gol menerusi jaringan Sadio Mane, Mohamed Salah dan Naby Keita sekali gus memastikan rekod tanpa kalah dalam 15 perlawanan Liga Perdana Inggeris.

Klopp melakukan perubahan drastik terhadap kesebelasan utama apabila tidak menyenaraikan Trent Alexander-Arnold dan Joel Matip kerana tidak mahu mengambil risiko terhadap dua pemain tersebut.

“Kami terpaksa buat perubahan terhadap pasukan hari ini (kelmarin). Joel (Matip) tidak cedera tetapi saya ambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan dia terus berada dalam keadaan cergas.

“Semetara itu, Trent (Alexander-Arnold) sepatutnya bermain menentang Palace, namun saya terpaksa gantikannya pada saat akhir selepas dia mengadu tidak sihat beberapa jam sebelum perlawanan bermula,” kata beliau.

Bekas jurulatih Borussia Dortmund itu juga mengakui, Palace memberi kesukaran kepada pemain Liverpool, terutamanya barisan pertahanan kerana Ibrahima Konate masih sedang menyesuaikan diri dengan suasana EPL.

“Palace bermain dengan sangat pantas dan sering menghantar bola ke belakang pertahanan kami. Secara jujur, kami juga terpaksa mengharapkan tuah ketika menahan serangan pasukan lawan,” ujar Klopp. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI