fbpx

Buang skeptikal kesihatan mental – Sarimah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SARIMAH IBRAHIM

CHE Puan Sarimah barangkali masih layak memegang status sebagai antara selebriti berpengaruh dalam arena seni hiburan tanah air.

Bukan sahaja masih aktif dengan aktivi­ti seni, dia turut menyerlah dengan kerja-kerja sosial memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

Melihatkan keperibadian dan aura positif yang selalu dikongsikan, siapa sangka sebenarnya penyanyi yang pernah popular dengan lagu Kini Kau Tiada itu pernah melalui episod kemurungan selepas bersalin.

Tidak berselindung di sebalik keceriaan dan kebahagiaan yang terlihat pada kaca mata umum, Sarimah sedia berkongsi pengalaman kelabu yang dialami dengan harapan dapat membantu insan lain.

SIStEM sokongan seperti keluarga dan sahabat sangat penting untuk seseorang pulih daripada tekanan perasaan atau depresi.

Kemurungan

Kata ibu kepada seorang cahaya mata itu, segala-galanya berlaku sekitar dua tahun lalu iaitu selepas melahirkan permata hati yang ditunggu-tunggu seluruh keluarga.

“Selepas bersalin dua tahun lalu, saya mempunyai kesukaran untuk tidur, rasa bimbang, bertukar pendiam, cepat berpeluh dan hilang selera makan tanpa sebarang sebab.

“Pada ketika itu saya tidak sedar pun gejala sebegitu sebenarnya tanda awal kemurungan sedangkan ketika hamil saya menikmati setiap momen dengan hati berbunga-bunga.

“Dari situ saya sedar ada sesuatu yang tidak kena dan saya bertuah apabila dikelilingi ahli keluarga yang peka dan mengambil berat dengan perubahan sikap saya ketika itu.

“Insan terdekat yang mendorong saya menemui doktor bagi mengenal pasti keadaan kesihatan mental dan fizikal saya,” katanya yang bersyukur pertemuan dengan pakar menjadi solusi terbaik dalam menangani masalah berkenaan.

Menerusi perkahwinannya dengan cucu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar, Sarimah dikurniakan seorang cahaya mata, Tunku Sofia Najihah, kini berusia dua tahun.

TIDAK malu mengakui permasalahan yang pernah dihadapi, Sarimah Ibrahim juga pernah berdepan masalah kemurungan yang agak kronik selepas melahirkan anak perempuan sulungnya, sekitar dua tahun lalu.

Harapan

Atas pengalaman sendiri dan iltizam memupuk kesedaran membantu masyarakat berdepan isu kesihatan mental, Sarimah bersama komposer dan penyanyi, Damian Mikhail menggagahkan semangat untuk muncul dengan sebuah lagu berjudul Harapan.

Lebih menarik, pelancaran single dan video muzik Harapan juga diadakan seiring sambutan Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia pada 10 September, sekali gus sebagai ingatan khalayak untuk sama menghapuskan stigma negatif terhadap pesakit mental.

Lagu Harapan yang berentak R&B, sarat mesej positif dalam menghapuskan skeptikal serta memberi sokongan emosi kepada individu yang terkesan dari segi mental, terutama impak pandemik Covid-19 yang melanda negara.

Selaku penaung Pertubuhan Kesedaran dan Sokongan Penyakit Mental (Miasa) Malaysia merangkap Pengasas Bersama dan Duta Kempen #StandForHope, besar harapan Sarimah, lagu berkenaan mendapat perhatian Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah pimpinan Khairy Jamaluddin untuk menjadi sebahagian daripada kempen kesedaran kepada masyarakat.

“Bagi saya Harapan adalah gubahan yang menyalurkan suara ramai dalam membantu individu berhadapan tekanan dalaman atau kemurungan sekali gus menyuntik kesedaran mengenai tanggungjawan mencegah cubaan bunuh diri.

“Kalau YB KJ (Khairy) sudi, tak keberatan untuk mengetengahkan lagu ini sebagai tanda sokongan terhadap inisiatif Yayasan ZuriatCare dan AWAS dalam memberi kesedaran kepada rakyat, kami sangat mengalu-alukan.

“Kempen ini juga adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial kita supaya sentiasa ambil tahu keadaan emosi insan sekeliling terutama keluarga, rakan serta jiran tetangga untuk mengelakkan terjadinya perkara menyedihkan kelak,” katanya sambil menegaskan semua orang yang berdepan masalah berhubung depresi berhak mendapat rawatan

SELEPAS bekerjasama dalam single berjudul Destinasiku pada 2015, tahun ini Sarimah sekali lagi bergabung bersama bersama Damian Mikhail menerusi single baharu bertajuk Harapan.

.Sokongan bantuan

Pada masa sama dia berharap konteks kesedaran tentang isu masalah mental ini diperluas, sekali gus menghilangkan rasa rendah diri agar individu yang terjejas tidak malu meminta bantuan.

“Apabila pernah merasai pengalaman berdepan situasi sukar itu, saya lebih memudah memahami keadaan yang dilalui pesakit. Saya sedar banyak cabaran sekiranya masyarakat sendiri mempunyai stigma negatif.

“Mereka perlu mendapatkan sokongan dari segi mental dan fizikal, malah pandangan negatif terhadap masalah kemurungan ini perlu dihapuskan kerana jika rawatan segera diberi, peluang untuk pulih memang besar.

“Malah, kesan untuk menjadi lebih kronik dapat dielakkan memandangkan rawatan dapat disalurkan.

“Itu juga antara kepentingan informasi dan pendidikan apabila kesedaran awal menerusi gejala dapat disedari dengan cepat.

“Seperti kes saya, dengan bantuan pakar, kesulitan itu dapat diatasi dan dari situ saya membantu orang lain melawan stigma menerusi perkongsian informasi supaya semua individu berpeluang mendapatkan bantuan sebelum terlambat,” katanya lagi.

Tambah wanita kacukan Melayu-Irish itu, semua individu tidak kira kanak-kanak, remaja hingga golongan dewasa berhak mendapatkan sokongan yang sewajarnya terutama dalam situasi global masa kini yang penuh mencabar.

Bekas pengacara Bella itu turut menggesa semua orang lebih prihatin dengan perubahan insan terdekat seperti ahli keluarga, rakan mahu pun jiran terdekat untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI