fbpx

Bantuan subsidi, insentif kurangkan 60 peratus kos pesawah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ronald Kiandee

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menerima peruntukan sebanyak RM1.53 bilion bagi meneruskan program bantuan subsidi dan insentif kepada pengusaha tanaman padi pada tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, peruntukan itu akan memanfaatkan kira-kira 300,000 pesawah di seluruh negara dengan mengurangkan kos pesawah sehingga 60 peratus daripada keseluruhan kos pengeluaran padi.

“Kerajaan memperkenalkan lima program bantuan subsidi dan insentif kepada industri padi dan beras negara bagi memastikan kelangsungan pengeluaran padi dan beras negara disamping menampung keperluan pasaran domestik dan menjanakan pendapatan pesawah.

“Empat program subsidi bagi input program pertanian adalah Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan, Skim Baja dan Racun Padi Bukit, Skim Insentif Benih Padi Sah dan Skim Insentif Pengeluaran Padi.

“Manakala Skim Subsidi Harga Padi merupakan program bantuan subsidi bagi” output” pertanian apabila pesawah menjualkan hasil tanaman bagi mendapatkan insentif,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman berhubung peralihan pemberian subsidi berasaskan “output” dalam usaha meningkatkan padi negara selain terus menjaga kepentingan dan kebajikan pesawah.

Dalam pada itu, Ronald berkata, pendekatan pemberian subsidi dan insentif bagi penanaman padi akan beralih daripada ‘input’ kepada ‘output’ secara beransur-ansur.

Kata beliau, sebagai contoh program bantuan “output” pertanian bersubsidi iaitu Skim Subsidi Harga Padi dinaikkan daripada RM300 kepada RM360 bagi setiap satu tan padi bersih bermula Januari 2019.

“Ia bertujuan menggalakkan peningkatan produktiviti pengeluaran padi dalam kalangan pesawah,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI