fbpx

Arteta lega raih kemenangan kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ODEGAARD (kiri) berjaya meledak gol tunggal perlawanan untuk memberikan Arsenal kemenangan kedua menewaskan Burnley kelmarin. – AFP

BURNLEY – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta mengakui sangat kagum dengan kesungguhan yang dipamerkan oleh para pemainnya ketika mencatat kemenangan 1-0 ke atas Burnley pada aksi kelmarin.

Sepakan percuma Martin Odegaard berjaya menghasilkan gol tunggal perlawanan untuk Arsenal meraih kemenangan kedua berturut-turut dalam saingan Liga Perdana Inggeris selepas melalui fasa permulaan yang agak teruk.

Arsenal juga perlu berterima kasih kepada pengadil, Anthony Taylor yang menarik balik keputusan memberikan sepakan pe­nalti kepada Burnley pada babak kedua.

“Ia bukan kemenangan yang mudah kerana Turf Moore adalah tempat yang sukar untuk semua pasukan meraih kemenangan. Anda perlu bersedia untuk datang ke sini.

“Kami bermula dengan baik. Satu perkara yang menggembirakan saya dalam perlawanan ini adalah apabila pemain mula bermain sebagai satu pasukan. Komitmen dan sikap yang ditunjukkan oleh pemain adalah perkara yang istimewa bagi saya,” katanya.

Odegaard berjaya meledak jaringan pada minit ke-30 menerusi sepakan percuma dari jarak 25 meter selepas Ashley Barnes mengasari Bukayo Saka.

Burnley berjaya mendapatkan penalti selepas Aaron Ramsdale menjatuhkan Matej Vydra dalam kotak penalti, namun Taylor menarik balik keputusan itu selepas merujuk video bantuan pengadil (VAR). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI