fbpx

2,000 naskhah bahan bacaan kepada Penjara Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZULKIFLI Wahijan (kiri) menyerahkan buku kepada Ab. Basir Mohamad di Penjara Penor di Kuantan hari ini. - Foto SHAIKH AHMAD RAZIF

KUANTAN – Muslim Care Malaysia menyumbangkan sebanyak 2,000 naskhah bahan bacaan kepada Jabatan Penjara Pahang di sini untuk dimanfaatkan oleh penghuni dua buah penjara di negeri itu.

Pengerusi Muslim Care Malaysia, Zulkifli Wahijan berkata, sumbangan bahan bacaan baharu dan terpakai yang julung kali kepada penjara itu adalah sumbangan derma daripada pelbagai pihak.

“Inisiatif ini dibuat selepas kita mendapat laporan bahawa penjara tidak dapat melaksanakan program seperti biasa kerana pandemik Covid-19 menyebabkan penghuni penjara berasa bosan tidak dapat berbuat apa-apa.

“Jadi kita berharap sumbangan ini dapat menghilangkan kebosanan penghuni penjara yang dapat membaca pelbagai bahan bacaan seperti buku agama, novel buku motivasi dan sebagainya,”katanya di sini, hari ini.

Sumbangan disampaikan oleh Zulkifli kepada Pengarah Penjara Pahang, Datuk Ab. Basir Mohamad.

Hadir sama, Pengarah Penjara Penor, Ahmad Fairuz Zawawi.

Tambah Zulkifli, selain itu sebanyak 1,000 naskhah bahan bacaan akan turut diserahkan kepada Penjara Marang Terengganu esok.

Dalam pada itu, Ab. Basir berkata, sumbangan bahan bacaan berkenaan akan diagihkan kepada dua buah penjara iaitu Penjara Penor di sini dan Penjara Bentong yang ditempatkan di perpustakaan mini penjara terbabit.

Katanya, sumbangan buku tersebut amat signifikan memandangkan dalam suasana pandemik Covid-19 banyak program terpaksa dibatalkan dan penghuni banyak menghabiskan masa di bilik tahanan masing-masing.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Muslim Care Malaysia atas sumbangan ini dan keprihatinan nasib penghuni penjara yang menjalani hukuman dan kita mengalu-alukan sumbangan daripada mana-mana pihak,”ujarnya. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI