fbpx

Turun 30kg, Fazley Yaakob nak sado ke nak sihat?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SIRI gambar yang menunjukkan transformasi fizikal yang berjaya dicapai Fazley Yaakob selepas kerap bersenam dan menurunkan berat badannya sebanyak 30kg.

RASA nak menjerit dan tepuk tangan sambil berdiri (standing ovation) Diva apabila penyanyi dan juga cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob berkongsi kejayaannya menurunkan berat badan sebanyak 30 kilogram (kg) baru-baru ini.

Bukan sedikit ya lemak-lemak yang berjaya disingkirkan itu. Kata Fazley, berat badannya mula naik kerana asyik menghabiskan makanan yang dipesan isterinya ketika hamil suatu ketika dahulu.

Disebabkan itulah, dia tekad untuk menurunkan berat badannya. Patutlah Diva tengok Fazley yang sedia maklum kacak, menjadi semakin kacak sejak akhir-akhir ini.

Rupanya sebab berjaya turunkan berat badan yang berlebihan. Tambah Fazley lagi, selain untuk tampil segak, dia tekad mahu menjaga pemakanan dan menjaga bentuk badannya dengan bersenam kerana memikirkan soal kesihatan.

Tetapi disebabkan kerjayanya sebagai tukang masak, Fazley kata dia masih ada gangguan sepanjang proses menurunkan berat badan.

Apa-apa pun Diva nak ucapkan tahniah. Diva jangankan kata 30kg, nak turun 300 gram pun menangis.

DIVA: Alhamdulillah bila ‘ratu gelek negara’ Mas Idayu sudah berhijab.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI