fbpx

‘Road to’ buka sempadan negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Orang ramai mula meluahkan rasa lega dan tidak sabar untuk menunggu kebenaran untuk merentas negeri selepas kes harian Covid-19 terus menunjukkan penurunan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah melalui hantaran di Facebooknya sebentar tadi memaklumkan jumlah keseluruhan kes Covid-19 terkini adalah 14,954 kes.

Berdasarkan jumlah itu, Sarawak merekodkan sebanyak 2,707 kes, diikuti oleh Selangor sebanyak 2,028 kes, Johor 1,948 kes, Kelantan (1,420 kes), Sabah (1,356 kes), Pulau Pinang (1,259 kes).

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen di Facebook mendapati, orang ramai mula mengucapkan tahniah dan lega berikutan penurunan kes Covid-19 baharu.

“Penggunaan ICU di Kedah dah nampak trend menurun. Alhamdulilah,” Kata Nasrul Hadzir.

“Harap kes kematian akibat Covid-19 boleh betul-betul turun,” kata Mark Lem.

“Tahniah! rakyat Malaysia, jangan kita leka, SOP kita jaga ke arah pemulihan negara tercinta,” kata Alex Yong.

“Alhamdulilah, Hint. ‘Road to’ pembukaan sempadan negeri. Semoga boleh balik jumpa keluarga.

“Semoga Johor terus turun dan negeri lain pun sama terus turun. Dengan izin Allah SWT.,” kata eldanazlinda. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI