fbpx

Padam video nampak aurat dalam YouTube, Fieya Julia tak menyesal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FIEYA JULIA

PETALING JAYA – Selepas nekad dan mengambil keputusan untuk berhijrah dengan mengenakan tudung bulan lalu, penyanyi Fieya Julia turut bertindak memadam semua kandungan video lama yang tidak menutup aurat dalam YouTube rasmi miliknya.

Fieya ketika dihubungi Kosmo! Online memberitahu, dia langsung tidak pernah menyesal dengan tindakannya itu meskipun pendapatan hasil daripada video tersebut ternyata sedikit terjejas.

“Jujur saya katakan tiada rasa sesal apatah rugi dengan tindakan saya memadam semua video-video lama semasa saya masih tidak bertudung ketika itu.

“Walaupun banyak membantu menjana pendapatan sampingan saya sebelum ini, tapi tak mengapalah, banyak lagi video lain yang saya boleh buat dengan penampilan sekarang,” katanya.

Dalam pada itu, pemilik nama lengkap Nur Syafiyah Sejali, 21, turut berharap dan meminta mana-mana platform digital dan individu perseorangan lain yang mempunyai gambar serta video dirinya tidak menutup aurat sebelum ini agar dapat diturunkan segera. 

“Saya memang tak nak simpan waima sekeping pun foto lama ketika tidak bertudung dulu. Semua sudah saya padam. 

“Kalau ada dekat laman sosial orang lain, saya mohon jasa baik anda semua untuk padam juga ya,” katanya. 

Terdahulu, pada 15 Ogos lalu, pelantun lagu Perasaanku itu mengakui sudah lama menyimpan hasrat mengenakan hijab dan perubahan yang dibuat atas kerelaannya semdiri yang mahu menjadi seorang Muslimah yang lebih baik dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak.

Seiring dengan perubahan yang dilakukan dan menenangkan jiwanya itu, Fieya turut memberitahu dia sudah memadam dan menurunkan semua hantaran serta gambar-gambar tidak menutup aurat miliknya dalam media sosial termasuk koleksi peribadi dalam telefon bimbitnya sebelum ini. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI