fbpx

8 suspek buang toksik dibebaskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LAPAN suspek buang toksik yang direman Khamis lalu dibebaskan hari ini dengan jaminan polis.

JOHOR BAHRU – Lapan suspek yang direman kerana dipercayai terlibat dalam insiden pencemaran Kampung Baru Sri Aman, Kempas, di sini Selasa lalu dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor, Dr. Mohd. Famey Yusoff berkata, kesemua mereka yang direman tiga hari bermula Khamis lalu dibebaskan sejurus pihaknya selesai mengambil keterangan.

“Pegawai penyiasat sedang melengkapkan kertas siasatan dan dijangka mereka akan berdepan dengan pertuduhan dalam masa terdekat.

“JAS akan maklumkan tarikh pertuduhan nanti,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata, seramai sembilan suspek terdiri daripada lima warga tempatan serta empat warga asing termasuk pemilik premis ditahan bagi membantu siasatan berhubung insiden berkenaan.

Seorang daripada mereka bagaimanapun telah dibebaskan selepas keterangan lengkap diambil manakala lapan yang lain dikenakan tahanan reman. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI